SALAM MUJAHADAH

Followers

Friday, November 26, 2010

Pesanan buat hati


Assalamu'alaikumu w.b.t,
Post kali ini sekadar ingin mengingatkan diri, akan perkara yang cukup penting dalam kehidupan..iaitu soal hati untuk Allah atau untuk syaitan...
Tidak dapat dinafikan bahawa dalam diri setiap orang itu terlalu banyak kehendak yang ingin dilakukan..dan ketahuilah bahawa itulah namanya nafsu...

Kata 'ulamak sufi, "aku tidak risau akan bahaya dengan bahaya bisikan syaitan kerana ia suatu yang zahir bisikan kejahatannya,dan andai syaitan ini berada padaku,nescaya ada ketika ia boleh dihalau dengan bacaan-bacaan tertentu, bahkan ada ketika ia sendiri tidak berani menghampiriku asbab kpd iman dalam hatiku, namun lebih aku risau akan suatu perkara yang juga membisikkan pada kemungkaran dan ia sentiasa berdamping dalam diri tidak kira ulamak,atau orang alim mahupun orang yang kebiasaan, itulah nafsu".

Benarlah kata ulamak ini, sebab itu sebagai orang yang beriman dan ingin pada redha Allah, sangat penting untuk kita bermuhasabah kembali, sejauh mana diri kita benar-benar memusuhi musuh kita yang sebenar dan nyata, yakni syaitan dan iblis..dan sejauh mana kita benar-benar mentarbiyah nafsu yang menyelimuti hati ini agar ia tidak membawa kita pada murka Allah s.w.t...Ini kerana ada dalam kalangan kita yang sibuk berbicara dan membenci musuh yakni dikalangan manusia seperti yahudi dan kuffar, sedangkan lupa akan musuh kita yang paling hampir dengan kita iaitu syaitan dan juga nafsu tanpa iman... Jika kita imbau kembali,bagaimana ketika zaman Rasulullah s.a.w,ketika itu ada seorang manusia yang sangat digeruni oleh musuh2 islam terutama syaitan sendiri,sehingga tidak berani berselisih dengannya,itulah Umar Al-Khatab..kerana tubuhnya kah?sudah tentu tidak..bahkan Umar digeruni kerana iman dan amal nya pada Allah s.w.t...Persoalannya, sejauh mana kita yang mengaku memusuhi syaitan,mencontohi iman dan amal Saidina Umar?.....bahkan kebanyakkan kita hari ini tidak lagi bermusuh bahkan bersaudara dengan syaitan...nak tahu bila? cuba tanya kepada diri sendiri, bilamana kita melakukan kemungkaran,adakah ada dihati berasa malu kepada Allah?atau berbangga dengan kemungkaran itu?...

Sebagai contoh, andai kita "couple",atau membuka aurat, atau tidak menjaga pandangan, tidakkah dihati seperti gundah gelana kerana bersalah pada Allah? atau sangat berbangga dengan kemungkaran tersebut sehingga tidak menghiraukan azab Allah?...disinilah ukuran kepada keberadaan iman dihati,dan sejauh mana kita bermusuh atau bersaudara dengan syaitan...ringkasnya, setiap amal perbuatan kita, ia akan menentukan hanya dua perkara, sama ada perkara itu menghampirkan diri pada Allah,atau menghampirkan diri pada syaitan...

Andai kita hampir pada Allah,nescaya kita dijanjikan dengan kebahagiaan yang hakiki,namun andai kita hampir pada syaitan (walya'uzubillah)..maka bersamalah dengannya di neraka kelak..




Allah...pesanan buat diri,untuk apa jua yang dilakukan kelak, maka letakkanlah iman dihadapannya agar hati ini sentiasa dipelihara dalam ketaatan pada Allah...


Dan ketahuilah, bahawa bilamana seseorang itu dikasihi Allah,maka di campakkan kerisauan dalam hatinya, dan bilamana seseorang itu jauh dari rahmat Allah,maka dicampakkan dalam hatinya seruling.Sama-sama kita renungkan dimanakah kita ketika ini dan akan datang...wallahu'alam

p/s : pesanan buat diri dan sahabat2 sekalian,untuk sentiasalah berlapang dada agar sifat tawadhu' ada dalam hati,dan berwasapadalah pada bisikan syaitan,kerana ia membawa kepada sifat sombong sepertinya.

6 comments:

  1. entri yang sangat3 di hargai

    post terbaik buat kondisi iman saat ini

    jazakallahu khairan

    ReplyDelete
  2. insyaAllah,sama2 doakan untuk sentiasa mendapat petunjuk dan ditetapkan iman di hati...

    p/s: terlalu banyak ujian dan dugaan cuti ni,
    jadi tiada cara lain untuk survive melainkan
    mujahadah dalam beramal..pesanan buat diri
    juga

    ReplyDelete
  3. Salam adli..

    Pesanan ini juga bermakna buat akak, terima kasih atas perkongsian ni..Moga adli di bawah naungan rahmatNya ALLAH sentiasa..

    ReplyDelete
  4. wasalam,

    afwan,insyaAllah moga perkara yang paling bernilai pada setiap manusia yakni taufik dan hidayahNya sentiasa bersama kita..

    Allahumma ya muqollibal quluub, tsabbit qulubana 'ala diinik wa'ala to'atik..

    Allahumma ameen

    ReplyDelete
  5. jika kita selalu ingat akan kebesaran Allah insya Allah kita tidak akan tersesat. mudah-mudahan.
    =)

    ReplyDelete
  6. insyaAllah sama2 amalkan doa yg diajar oleh Nabi s.a.w ..
    Allahumma ainna 'ala zikrika wa syukrika wa husni 'ibadatik

    ReplyDelete