Fuh,sejak akhir-akhir ni agak sibuk plak dengan assignment...kekadang tak tido pn ada,tidur lewat tu dh jadi kebiasaan pulak...tapi redha jelah, satu dh mmg tanggungjawab..n adatlah mcm tu bagi org yang baru nak belajar urus masa macam ana ni..
Jadi,di kesempatan yang Allah taala luangkan seketika ini,ana sekadar ingin mengingatkan diri sendiri dan sahabat-sahabat yang sudi baca entri ana berkenaan dengan bulan Ramadhan yang sedang kita tempuh ketika ini...
Ketahuilah bahawasanya,sangatlah tinggi kurniaan Allah taala bilamana Dia yakni Allah s.w.t memilih hambanya untuk menempuhi satu bulan yang dikenali sebagai penghulu segala bulan yakni Ramadhan Al-Mubarak...kerana di situlah terdapatnya kurniaan-kurniaan yang tidak ada di bulan lain, selain daripada pahala kita berpuasa itu sendiri...
Suka ana berkongsi satu kisah yang ana dengar daripada hadith Nabi s.a.w..yakni satu ketika datang Nabi s.a.w bersama sahabatNya ke suatu tempat yang di situ terdapat jasad mulia para sahabat yang syahid dalam medan fi sabilillah..lalu berkata sahabat, "sangat beruntung kedua mereka ini yang dikurnia syahid dalam peperangan"..kemudian Baginda Nabi s.a.w bersabda yang mafhumnya.."sesungguhnya yg disebelah itu akan terlebih dahulu masuk syurga dari yg di sebelah lagi...sahabat kehairanan lalu bertanya mengapa Rasulullah s.a.w berkata demikian?..baginda menjawab..yg di sebelah itu terlebih dahulu masuk syurga kerana dia telah lebih lalui satu Ramadhan berbanding shbt yg syahid disebelahnya...daripada kisah hadith ini,bagaimana kita dapat lihat bahawa besarnya,mulianya mereka yang melalui bulan ramadhan ini...
Namun,harus di ingat bahawa tidak semua mereka yang di muliakan oleh Allah s.w.t bahkan ada yang sekadar mendapat penat dan dahaga walaupun mereka berpuasa di siang hari dan bertaraweh pada malamnya...walyau'zubillah..
Di sini,ana nak berkongsi juga satu hadith yang ana baca :
"Daripada Abu hurairah R.A berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan tidak meninggalkan berkelakuan dengan dasar dusta(ertinya berdusta dengan anggota), maka Allag s.w.t tidak akan memberikan apa-apa ganjaran ke atas keletihannya meninggalkan makan dan minum(maksudnya berpuasa).
Hadith Riwayat Bukhari
Dalam satu hadith lain riwayat imam an-nasai juga daripada Abu hurairah .R.A, Rasulullah s.a.w bersabda :
"Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tidak memperolehi daripada puasanya itu selain
dari lapar dan dahaga."
Keterangan daripada kedua hadith ini adalah,dalam berpuasa hendaklah kita menjaga adab yang zahir dan juga adab yang batin. Yang di maksudkan dengan adab yang zahir ialah menjaga puasa itu agar sah menurut pandangan ilmu feqah, maka kita mesti menahan dari makan dan minum dan dari segala yang membatalkan puasa.Dan dimaksudkan pula dengan adab yang batin iaitu kita menahan anggota badan dari mengerjakan maksiat. Kita hendaklah menahan mata dari melihat aurat perempuan yang bukan mahramnya dan menahan telinga daripada mendengar bunyi-bunyian dan percakapan yang di haramkan oleh syara' dan, memelihara lidah dari berkata bohong,mencaci orang,bercakap kasar yang boleh menimbulkan permusuhan dan seumpamanya.
Jadi jelas dari keterangan bahawa untuk mencapai objektif puasa itu yakni "LAA'LAKUM
TATTAKUN" memerlukan kita mujahadah yang tinggi dan sungguh,andai kita benar di hati ini ingin merasai manisnya,nikmatnya taqwa..nescaya apa saja sanggup kita lakukan apa sahaja,insyaallah sangat tidak rugi jika kita bersusah-susah pada bulan ini,dan usah diharau akan kata-kata kawan kita spt perli,kerana mgkn mereka masih tidak buka pintu hati untuk melihat BARAKAHnya Ramadhan...sebab itu tidak ganjil bagi ana kalau melihat ada mereka yang di bulan Ramadhan ini tiba2 sering mengasingkan dirinya dengan bertujuan untuk beramal pada Allah s.w.t....insyaallah,sama-sama kita azamkan pada diri ini.ingatkan diri setiap hari bahawa, "aku menginfakkan diri ku,masaku dan segalanya untuk Ramadhan"...
Dan Rasulullah pernah bersabda, ada dua perkara yang aku banyakkannya di bulan Ramadhan iaitu aku banyakkan sedekah dan membaca Al-Quran.
Jadi,rasanya setakat ini dahulu untuk ana berkongsi..insyaallah andai ada kesempatan akan datang mugkin ada sedikit lagi perkongsian berkenaan bulan Ramadhan..moga dengan apa yang di kongsi ini.Allah taala mengurniakan kita taufik dan petunjuknya untuk kita banyakkan beramal,dan dibersihkan hati kita,diri kita dari segala segala perkara mazmumah dan dosa yang telah kita lakukan..yang paling penting..moga sebulan ini mampu menjadikan kita orang yang bertaqwa 11 bulan selepas ini...
"Laa'llakum tattakuun"
asslmualaikum. suka baca blog ni,pnuh tarbiah. cuma nak btau, tajuk post ni lbih tepat jika ditulis "la'allakum tattaqun" sbb huruf 'ain, kalo dieja dalam rumi, perlu buh (') dulu,baru (a). contoh org nama 'abdul, 'aini, dsb..sekadar berkongsi.. ^_^
ReplyDeletewa'alaikumussalam...
ReplyDeleteowh..ana baru tahu,ok2..syukran jazilan..
nnti ana buat pembetulan...
syukran 'ala ziarah..
barakallahfik
salam..benar,utk mendidik nafsu bukan senang, hebatnya Allah menghubungkan puasa dgn taqwa, sbgaimana kata saidina umar : "taqwa spt kamu berjalan di atas jalanan yg berduri"..jadi, berhati-hatilah, agar tidak terpijak duri(dosa)..slm ramadhan kareem.
ReplyDeletesalam sahabat, ni doa yg diajar nabi kpd ummu salamah atas musibah dan ujian yg menimpanya, "اللهُمَّ أَجِرْنِيْ فِيْ مُصِيْبَتِيْ وَاخْلُفْنِيْ خَيْرًا مِّنْهَا"
ReplyDelete,makudnya : Ya Allah, Kau berilah ganjaran atas musibah yg menimpaku, dan Kau gantikan ia dengan sesuatu yg lebih baik,"tiada yg memberi kekuatan selain Allah, dan tiada ujian dan bebanan yg datang kpdmu melainkan Dia tahu kemampuanmu"..slmt beramal.
wasalam...tabarakallah..syukran jazilan atas perkongsian..insyaallah sama-sama ambil manfaat dan mengamalkannya...
ReplyDeleteSalam adli..
ReplyDeleteSeseorang yg terjerumus dosa itu bukan kerana dahsyatnya nafsu, melainkan kerana lemahnya iman. Dengan demikian jalan satu-satunya utk mengendalikan nafsu adalah kuatkan iman. Kerana itu ALLAH panggil 'yaa ayyuhalladziina aamanuu' (wahai orang yang beriman)dlm perintah puasa pd ayat 183 surah Al-Baqarah. Suatu indikasi bahawa hanya orang yang kuat imannya akan bersungguh-sungguh mengendalikan nafsunya.
wallahua'lam..