Sesungguhnya,manusia itu dijadikan oleh Allah taala dalam keadaan yang cukup baik dan sempurna yang mana jika dibandingkan dengan makhluk-makhluk lain yang dicipta oleh Allah swt.Firman Allah taala :
"95:4"
mafhumnya : kejadian manusia itu adalah sebaik-baik kejadian
Tidak cukup dengan itu,disempurnakan pula kejadian manusia itu dengan pelbagai nikmat yang mana dengan itu memampukan manusia untuk menjalani hidup di muka bumi Allah ini dengan berbeza watak dan peranan masing-masing.Firman Allah taala :
"...."
mafhumnya : dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah taala pada kamu,nescaya kamu tidak dapat menghitungnya
Jadi,apa yang nak di ketengahkan disini adalah, ramai di antara kita hari ini tidak sedar bahawa segala nikmat dan kesempurnaan ini disertakan juga dengan amanah yang mana kita akan disoal utk setiap itu di akhirat kelak.Kesedaran sebegini menjadi penentu kepada bagaimana kita mencorakkan hidup ini.Namun asas kepada segala perkara ini,adalah sejauh mana kita menjaga kesihatan yang Allah taala kurniakan kepada setiap daripada kita.
Sahabat2 yang dirahmati Allah,kesihatan menurut islam tidak sama dengan apa yang dibawa oleh golongan2 barat..kerana islam menuntut kepada kesihatan itu atas dua perkara yakni lahiriyah dan batiniyah.
Ana rase x perlu ana bicara soal bagaimana nk menjaga kesihatan lahiriyah kerana sahabat2 semua lebih arif dari ana..dan tidak dinafikan sangat penting berkenaan kesihatan badan,hadith nabi s.a.w :
"al-aqlussalim filjismissalim"
-akal yang sihat itu lahir dari jasad yang sihat.-
Namun begitu,ramai diantara kita yang melupakan kesihatan rohani kita...adakah ia menerima khasiat-khasiat yang sepatutnya atau pun hari demi hari ia dicurahkan dengan racun-racun yg mampu mamatikan hati2 ini...Sebagai pertama,ayuh kita melihat kepada aspek pertama yakni khasiat-khasiat yang dibicarakan td...hati ini atau lebih tepat roh kita seperti juga jasad..berkehendakkan kepada "makanan" agar ia mampu berfungsi sebaik mungkin dan apabila berbicara soal pemakanan,sama ada dua perkara iaitu berkhasiat,bermanfaat atau sebaliknya...Namun,makanan yang dimaksudkan disini bukanlah seperti makanan jasad spt ayam golek,nasi goreng,kueh tiow kungfu dan sbgainya...
Makanan yang dimaksudkan disini adalah perkara-perkara yang berkait dengan hati kita..jadi perkara yang dikatakan berkhasiat pada hati kita adalah semua perkara yang menghampirkan diri kita pada Allah swt...Sebagai contoh,ibadah khusus kita, solat,puasa,haji dan kalimah syahadah..maka itulah makanan yang paling berkhasiat bagi kita wajib bagi kita untuk menjaganya andai memiliki hati yang sihat itu menjadi impian kita...begitu juga ibadah umum kita, bekerja,belajar,bersosial yakni dengan cara yang dibenarkan, juga mampu menyihatkan hati,rohani sekaligus memampukan akal utk berfungsi dgn baik...
Adapun juga,perkara-perkara yang mendatangkan mudarat pada kesihatan rohani ini iaitu perkara yang jelas dilarang oleh Allah taala dan Rasul dan juga perkara-perkara yang melalaikan.Sebagai contoh,meninggalkan solat,puasa,melewat-lewatkan solat,mengumpat,melihat aurat wanita bg lelaki dan sebaliknya, dan perkara-perkara yang dikategorikan sbg lalai..dan harus disedar hari ini,bahawa byknya gaya hidup kita adalah datang dari barat.Lihatlah hiburan kita,pemakaian kita,bahkan perkara2 yg lbh besar seperti ekonomi,politik juga datangnya dari pengaruh.Kita boleh kata ghuzwatul fikr oleh barat ini hampir mencapai objektifnya yakni ingin melihat kita umat islam meninggalkan ajaran islam ini sedikit demi sedikit yang mana pada akhirnya keluar dari islam..nauzubillahi min zaalik..
Ringkasnya dari ana, solution pada permasalahan ini adalah kita semua,tidak kira kaya atau miskin,senang atau susah,hitam atau putih,gemuk atau kurus,hijau atau biru...hehe
firman Allah taala :
"at-taubah: 41"
hendaklah kita bersatu,berjuang mengembalikan "GAYA HIDUP SUNNAH"....kerana dalam sunnah itulah akan ada kejayaan..berkait dengan topik yang dibincang,gaya hidup sunnah semestinya gaya hidup sihat,dan gaya hidup sihat memampukan jasad mahupun rohani berfungsi dengan baik.
Bercakap soal berfungsi baik,harus dijelaskan bahawa ada perbezaan istilah ini pada manusia dan juga haiwan..sebab kalau dikira,telinga..haiwan seperti kelawar dan gajah jauh lebih baik dari manusia..begitu juga aspek lain spt mata yang mana ada haiwan yang jauh lebih baik dari manusia..namun itu dari sudut logiknya..Hakikatnya disini adalah berfungsi dengan baik ini adalah berbalik pada fungsi azalinya ia dicipta yakni utk melakukan perkara yg mnjadikan diri kita taqarrub kpd Allah azza wajalla. Sebagai contoh,baik fungsi telinga bilamana ia cenderung utk mendengar ceramah,dan mulut,bisa utk berzikir serta mengaji Al-quran.Begitu juga akal yg mana mampu digunakan dalam berjuang menegakkan syariat islam dimuka bumi Allah taala. Jadi,perkara-perkara sebeginilah yang dikatakan manusia itu adalah sebaik-baik kejadian.Jika ia sebaliknya,maka itulah yang menjadikan manusia itu teruk,atau ada ketika lebih teruk dari haiwan sepertimana yang digambarkan Allah taala dalam al-quran(asif,ana x ingt surah mana).
Yang terakhir sebenarnya ana ingin mengulas berkenaan soal menguruskan emosi namun ana masih kurang pembacaan dan tidak terdedah dengan lebih lanjut soal ini.Jadi,insyaallah ana akn cuba untuk mencari bahan rujukan dan hadam terlebih dahulu soal ini..
Sebagai akhir,segala perkara diatas menjadi ingatan kita bersama,kerana sahabat-sahabat yg dirahmati Allah sekalian,kita yakni manusia sentiasa berhajatkan kepada Allah swt dan Allah swt ini sedikit pun tidak berhajatkan pada makhlukNya.Hatta matahari itupun berhajatkan pada Allah untuk menyinarkan cahayanya.Andai kita hari ini ingkar perintah Allah dan tidak mahu beriman dengan Allah,sedikit pun Allah taala tidak rugi,bahkan kitalah yang rugi.Wahai diriku yang lemah lagi hina,dan shbt2 sekalian, teruskanlah,istiqamahlah dalam berusaha,meningkatkan mutu hidup kita yang seketika ini ,untuk mencari keredhaan dan keampunan dari Allah swt..
Wallahua'lam.
edly_aic/adli
benar, hati juga mmrlukan mknan supaya knyang :)
ReplyDeletep/s : gaya tulis sama dgn gaya enta bcakap... hehe
haha..yela tu...nnti kt gombak kita wt liqo' al-mulk lg...kekalkan ukhwah abc 110..insyaallah syeikh...azam2
ReplyDelete