" Lamaran itu satu ujian untuk menguji nilai keimanan, ketaatan dan ketaqwaan agar menjadi hamba-hambaNya yang benar-benar beriman."
- Insyirah Hafizah -
Bagi kaum hawa,boleh jadi ramai yang menanti diri-nya di lamar dan di harap agar lamaran itu datangnya dari seorang yang soleh dan bertanggungjawab...
Na'am tidak ada salah-nya bahkan itulah sebaiknya...
Namun,dalam kita kurang menyedari akan prihatinnya diri kita kepada lamaran pernikahan ini, apakah sebegitu prihatinnya kita dengan lamaran keampunan Allah s.w.t yang hadir setiap malam untuk kita ?
Sungguh,bilamana hati ini benar-benar telah menyambut lamaran maghfirah Allah ini,maka yakinilah akan hadirnya lamaran dari seseorang yang dengan-nya diri-mu akan memperoleh maghfirah dari Allah s.w.t di dunia & akhirat..
~ Cintailah Allah sepenuh hati-mu,nescaya dikurniakan oleh Allah buat-mu seseorang yang dicintai-Nya ~
SALAM MUJAHADAH
Followers
Wednesday, July 23, 2014
Final Exam Akhirat
Bagi para penuntut ilmu, di kebiasaan kertas peperiksaan itu akan ada pembahagian soalan yang setiapnya disediakan markah sesuai dengan tahap kesukarannya...
a) Definition.... (5 marks)
b) Understanding the theory and calculation involved......(10 marks)
c) Applying the theory for real problems.......... (20 marks)
Begitu jua kehidupan ini..setiap amalan telah ada pembahagian ganjaran sesuai dengan martabat amalan itu...
a) Amalan sunnah..... (Marks= 100 pahala mati syahid)
b) Amalan sunnat muakad....(Marks > kebaikan amalan sunnah )
b) Amalan wajib.......(Marks > kebaikan amalan sunnah muakad )
Jika dalam exam, janganlah terlalu bersungguh menjawab soalan yang sedikit markah nya dan sehingga mengabaikan soalan yang jauh lebih utama dan banyak markahnya...
Dan jangan pula hanya menjawab soalan yang banyak markah dan mengambil remeh soalan yang sedikit markah kerana boleh jadi yang sedikit ini akan membezakan lulus/gagal atau grade A/B asbab jawapan yang mungkin kurang sempurna di jawapan yang dibuat...
Maka begitu jua hidup ini,bersungguhlah dalam melaksanakan perkara wajib yang dijanjikan ganjarannya yang lumayan dan sesekali jangan diabaikan apa yang menjadi sunnah yang boleh jadi ianya membezakan kedudukan tingkatan di syurga kelak..
Semoga di hari result nanti,tangan kanan inilah yang menerima "ijazah ahli syurga"... Allahumma ameen
~ Reminder : The time is limited, so we don't have much time left ~

Kurniaan Solat
Ketahuilah,sekiranya seluruh umur ini diperuntukkan pada menyingkap seluruh rahsia ibadah solat,nescaya akan habis umur itu sedangkan hanya sedikit yang diketahui akan rahsia solat itu...Teramat banyak rahsia dan kebaikan yang Allah kurniakan dari ibadah yang agung ini,sesungguhnya ini antara isyarat bahawa Allah tersangat mengasihi diri-mu dengan menyediakan bagi-mu kebaikan solat yang serba indah kebaikan di sebaliknya...
Maka,jangan pula diri-mu berpaling dari kurniaan ini..berpaling dari solat bermakna diri-mu berpaling dari kasih Allah s.w.t. ..
~ Bukanlah Allah berhajatkan kebaikan dari ibadah dari-mu,namun dijadikan-Nya ibadah itu sebagai tempat diri-mu memperoleh keuntungan dari-Nya Yang Maha Kaya ~
Ilmu & Amal
Berpesan Imam Al-Ghazali rahimahullahu ta'ala dalam kitabnya Ayyuhal walad ,
" Sesungguhnya akan didapati kesedapan dan manisnya ilmu itu dengan diamalkan dari ilmu yang diketahui itu "
Dan guru kami,Al-fadhil Ustaz Dr Sabri Zakaria dalam mensyarahkannya berpesan,bahawa mengapa hari ini tiada didapati lemak manisnya ilmu itu,antaranya adalah kerana dihajati dan didahulukan hadaf mempelajari ilmu itu pada perdebatan sebagai keutamaannya...
~ ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah ~

"Ballighu 'anni walau aayah"
Terkadang setengah dari kita hanya ingin mendengar peringatan itu hanya dari seseorang Ustaz / Pendakwah yang sudah terkenal nama-nya terutama di media...
Sehinggakan menutup telinga dan hatinya bilamana ada majlis tazkirah dari seseorang yang tidak masyhur nama-nya..
Ketahuilah,boleh jadi yang menyampaikan sesuatu peringatan itu mungkin nama-nya tidak masyhur di alam dunia,namun tersangat masyhur nama-nya di kalangan penduduk langit..
Maka,tuluskan hati-mu dan buka-lah minda-mu..sesungguhnya hakikat peringatan yang sampai kepada diri-mu itu datangnya dari Allah s.w.t..
~ Dan berilah peringatan,sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi mukminin ~

Perihal Umur
Ketahuilah bahawa ada suatu yang senantiasa ia berjalan....
Walaupun diri-mu sedang berhenti berjalan,
Walaupun diri-mu sedang tidur,
Walaupun diri-mu sedang lalai,
Walaupun diri-mu sedang bermaksiat,
Walaupun diri-mu bakhil dengan harta-mu,
Walaupun diri-mu sedang menentang perjuangan islam....
Sesungguhnya itulah umur-mu...yang sedang berjalan tanpa henti menuju mati..
Dan mati itu bukanlah pengakhiran,sekadar ia tamat tempoh umur di sini..dan setelah itu akan umur itu terus berjalan tanpa ada akhir baginya..
~Tanda umur yang berkat, semakin ia mendekatkan hati kepada Allah~

Detik-detik terakhir
Sesungguhnya para sahabat radhialllahu anhum itu saat tibanya Ramadhan maka tersangat gembira hati mereka,namun saat Ramadhan hampir meninggalkan mereka tersangat pilu hati mereka...Kerana mereka itu memahami akan mulia dan besarnya bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan itu..
Ketahuilah,tanda hati kita menghargai dan mencintai bulan mulia ini ialah di saat akhir ini kita benar-benar memanfaatkan masa dengan beribadah kepada Allah dan tidak pula ianya berkurangan dari awal Ramadhan dahulu...
Wahai Ramadhan,dalam beberapa ketika akan kita berpisah jua..
Dan akan bertemu kembali dengan-mu 11 bulan yang akan datang..
Sungguh 11 bulan itu mungkin lama,dan apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh itu.....
Andai inilah terakhir buat kita bersua,semoga inilah saksi bahawa hati-ku benar-benar rindu & kasih kepada Allah Yang Maha Pengasih..
~ Masa itu adalah kehidupan,akan sia-sia lah kehidupan itu dengan di sia-siakan masa yang masih ada ~
Subscribe to:
Posts (Atom)