" Pernah suatu ketika sedang Amirul Mukminin 'Umar Al-Khatab meronda di malam hari sebagai mengambil tahu hal ehwal rakyat-nya,kedengaran perbualan di suatu rumah antara seorang peniaga yang meminta anaknya menambahkan air ke dalam susu...
Kemudian anak itu mengingatkan akan tegahan Khalifah melakukan sedemikian kerana ianya bahagian dari dusta,namun di sanggah si ibu mengatakan tidak mengapa kerana Khalifah tidak mengetahuinya..
Lalu jawab si anak iaitu benar Khalifah tidak tahu,namun Allah s.w.t maha melihat dan maha mengetahui...
Keesokannya terus Amirul Mukminin menghantar rombongan meminang si anak tu untuk anak-nya...maka dari generasi inilah lahirnya seorang Khalifah yang tawadhuk serta hati-nya benar-benar takut kepada Allah s.w.t, iaitu Khalifah 'Umar Bin 'Abdul Aziz rahimahullahu ta'ala......
Maka,azamlah kepada diri untuk melahirkan generasi yang takut kepada Allah iaitu dengan menanamkan terlebih dahulu rasa khaufun minaAllah dalam diri,serta pilihlah pasangan atau menantu yang juga hatinya juga tidak sunyi dari rasa takut kepada Allah s.w.t"
- Al-fadhil Ustaz Nazmi Abd Karim -
SALAM MUJAHADAH
Followers
Wednesday, July 23, 2014
Adab Kepada Guru

Peranan para 'ulamak dan guru itu amat besar kepada ummat..
Iaitu membimbing ummat dari kegelapan jahil kepada keindahan berilmu sebagai bekalan menuju Allah s.w.t...
Maka memuliakan mereka itu adalah amat di tuntut dalam Islam..
Antara cara memuliakan mereka adalah dengan memelihara adab tikamana bersama mereka...
Antara adab kepada guru itu :
1) Tidak melunjurkan kaki di hadapan-nya.
2) Tidak meninggikan suara melebihi suara-nya.
3) Tidak berjalan dihadapan sewaktu berjalan bersama-nya.
4) Menganggukkan kepala semasa dalam majlis sebagai isyarat
difahami apa yang disampaikannya.
5) Memastikan handphone dalam keadaan silent terutama semasa
dalam majlis ilmu
6) Memohon izin jika ingin bertanya soalan kepada-nya.
7) Jika ada jawapannya yang berlainan dari jawapan seorang guru yang
lain,maka tidak membandingkan perbezaan itu dihadapan-nya.
8) Jika dilihat guru berbuat sesuatu kesalahan,jangan pula ditegur di
khalayak umum namun usahakan untuk ambil kesempatan
berjumpa secara peribadi sebagai berbincang kembali.
Berpesan guru kami Sheikhuna Al-Fadhil Ustaz Muhadir Bin Hj Joll As-Senariy:
"Peliharalah adab kita kepada guru,kerana dengan itu hadirnya barakah dan boleh sahaja ilmu atau hikmah dari guru itu ter'bluetooth' kepada kita.."
~ Laula murobbi ma'aroftu robbi ~ (^_^)v

Wednesday, June 18, 2014
Belajar Dari Seekor Kucing
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala kurniaan-Nya, selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad sallahu'alaihi wasallam serta seluruh ahli keluarga dan para sahabat radhiallahu anhum.
Sekadar berkongsi sedikit pengajaran dari pengalaman.
Sewaktu lunch semalam,alhamdulillah alfaqir diperlihatkan suatu kebesaran Allah s.w.t, iaitu terlihat di hadapan seekor kucing yang menanti makanan di sebelah seorang yang sedang makan yang lauknya sedikit daging..
Menantinya dengan wajah yang memohon simpati di selangi dengan mulut nya yang mengiau seakan meminta..alfaqir yakin walaupun zahir dilihat seperti meminta kepada manusia,namun hatinya penuh pengharapan kepada Allah s.w.t,kerana makhluq Allah seperti kucing ini cukup2 mengenali Tuhan-nya,hanya manusia yang enggan mengenali Tuhan-nya....
Tanpa menghiraukan orang itu terus menyudahkan makanan tanpa memberi sedikit kepada kucing tersebut..
Susudah orang itu bangun,terus kucing itu melompat ke kerusi yang kosong itu dan terdapat seorang lagi yang sedang makan..
Setelah orang itu terlihat kucing disebelahnya,tanpa kucing itu meminta terus diberikan seekor ikan yang masih banyak lagi isinya..
Subhanallah, benarlah bahawa rezeki itu dari Allah s.w.t..Boleh jadi kita mengharapkan sesuatu rezeki datang dari satu jalan,namun hati yang benar-benar berharap ditambah kesabaran yang tinggi maka tidak mustahil dikurniakan dari satu jalan lain yang tidak disangka bahkan yabg diperolehi itu jauh lebih baik...
Semoga dibukakan pintu hati ini untuk lebih berharap pada Yang Maha Memberi Rezeki di samping usaha yang berterusan dan bersungguh-sungguh...Allahumma ameen
Wallahu'alam (^_^)v

Gambar Hiasan

Friday, May 23, 2014
Kesucian Hati Seorang Ahli Syurga
Pernah suatu ketika sekumpulan as-sohabah berkumpul di dalam masjid,lalu datang Baginda Rasulullah s.a.w kepada mereka sebagai memberitahukan akan masuk ke masjid itu seorang ahli syurga, dan setelah itu kelihatan lelaki itu masuk ke masjid itu....Begitulah hari ke seterusnya dan seterusnya Baginda Rasulullah s.a.w memberitahukan perihal yang sama kepada sekumpulan as-sohabah itu..
Kemudian seorang dari as-sohabah berasa ingin tahu akan kehebatan amalan lelaki yang di beritahukan oleh Rasululah sebagai ahli syurga itu..
As-sohabah itu mengikut lelaki itu pulang ke rumah lalu meminta izin untuk bermalam di rumah lelaki tersebut..
As-sohabah itu memerhatikan akan amalan lelaki itu,di sangkanya akan kuatnya ibadah lelaki itu,namun tidak kelihatan sedemikian..
Langsung ditanya kepada lelaki itu akan apakah amalannya sehingga diberitahukan sedemikian oleh Baginda Rasulullah s.a.w..
Lalu di jelaskannya, bahawa tidaklah aku seperti orang lain yang banyaknya ibadah siang dan malamnya, namun setiap malam sebelum aku tidur, aku tidak pernah tinggal untuk memaafkan seluruh yang bebuat salah kepada-ku dan tidak aku menyimpan sebarang hasad & dengki pada orang lain....
Mungkin amalan ini dilihat kecil oleh sesetengah dari kita...
Dan boleh jadi amalan ini tidaklah membuatkan diri-mu di kenali oleh penduduk bumi,
namun amalan ini-lah yang menyucikan hati-mu di sisi Allah sehingga ternanti-nanti penduduk langit akan kehadiran-mu...
~ Yang kecil di sisi manusia, belum tentu kecil di sisi Allah ~ (^_^)v
Tuesday, May 6, 2014
Islam itu syumul,bukan jumud
Jika dirimu memandang agama ini hanya berkisar soal sah batal 5 rukun islam itu, maka kamu masih belum mengenali agama ini,
Jika dirimu memandang agama ini hanya berkisar soal mengurus cinta baitul muslim, maka kamu masih belum mengenali agama ini,
Jika dirimu memandang agama ini berkisar urusan politik semata-mata, maka kamu belum mengenali agama ini...
Jika dirimu memandang agama ini berkisar hanya untuk soal kesucian hati diri sendiri,maka kamu belum mengenali agama ini..
Kerana sesungguhnya hakikat agama ini suatu rahmat yang teramat besar yang dengannya akan terbentuk pelbagai kejayaan dan keajaiban..
Sungguh, akan berjaya & bangkit kembali diri manusia itu dengan mengambil agama ini sebagai penyuluh kehidupannya..
~ Mereka yang membawa panji Islam terdahulu telahpun berjaya, maka kini aku ingin mengikuti jalan kejayaan mereka, doakan diriku di perjalanan ini ~ (^_^)/"

Sunday, February 16, 2014
Suara Hati
Tatkala melihat ukiran kegembiraan di wajah orang terdekat dengan ku,
hati-ku merasa bahagia dengan kegembiraan mereka...
Tatkala melihat di kalangan mereka seakan sedih atau kecewa,
hati ku merasa risau kerana khuatir aku lah sebabnya....
Terasa hidup semakin sepi dan malap,
boleh jadi inilah suatu perjalanan hidup menuju alam sepi yang semakin hampiri ..
aku semakin lupa erti kegembiraan yang dipinjamkan di dunia ini,
aku semakin lupa erti seri-nya gelak tawa yang terhibur dengan nikmat di sisi,
kerana tangisan hati ini telah lama membasahi jiwa yang mengharapkan kasih dari ilahi..
dan aku yakin suara hati ini senantiasa didengari oleh Rabb yang Maha Pengasih,
juga aku yakin harapan hati ini senantiasa didoakan oleh Rasul yang dirindui...
apakah masih ada ruang akan datang untuk menikmati kembali kegembiraan yang dinanti-nanti?
sepertinya aku sudah redha jika ruang itu sudah tiada di sini,
kerana saat ini aku tersangat merindui untuk bertemu ilahi..
bertemu sang kekasih yang telah lama dirindui dihati ini...
sesungguhnya itulah saat yang akan menghilangkan segala resah gelisah kehidupan yang sementara ini..
itulah saat yang paling dinantikan buat diri yang mengharapkan kasih hakiki...
Walau kini masih dalam permusafiran menuju-Mu Ya Rabb..
insyaAllah akan ku lalui-nya dengan penuh rasa pengharapan yang tidak pernah putus dengan Rahmat-Mu,
dan akan senantiasa ku hiasi sepanjang perjalanan ini dengan kecintaan yang tulus kepada Kekasih Teragung Sayyidi Habibi Rasulullah S.A.W...
Semoga yang menanti di pertemuan bersama-Mu & Kekasih-Mu kelak adalah suatu yang indah lagi kekal ia di sisi-Mu... =')
Thursday, February 6, 2014
Bersangka Baik Pada Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
"Bismillahirrahmanirrahim"
Segala puji-pujian kepada Allah s.w.t, Tuhan Yang Maha Bijaksana lagi Maha Pengampun...
Selawat & Salam ke atas junjungan mulia Habiballah,Saiyiduna Rasulullah S.A.W serta ahli keluarga & para sahabat-nya...
Adakala..sengaja Allah s.w.t meletakkan seseorang itu dalam bersusah payah,
agar dirinya masih mengingati Allah,
agar dirinya masih berharap pada Allah,
agar dirinya memahami erti bersyukur pada Allah,
agar dirinya lebih yakin dengan janji Allah,
agar dirinya istiqamah dalam bermuhasabah & memperbaiki dirinya demi mencari redha Allah...
Adakala..sengaja Allah s.w.t menangguhkan nikmat pada seseorang,
agar dirinya terdidik dengan sifat mulia sabar,
agar dirinya terdidik dengan sifat zuhud para rasul,
agar dirinya terdidik dengan matlamat akhirat,
agar dirinya dimuliakan di akhirat kelak,
agar dirinya dikurniakan dengan nikmat yang jauh lebih baik di akhirat nanti...
Maka,bulatkan hati-mu pada mencintai Allah s.w.t...
Tatkala diri terjerumus dengan dosa kesilapan..segeralah kembali kepada keampunan Allah yang senantiasa terbuka buat-mu...
Tatkala diri merasakan sedikit amal baiknya..segeralah mencari jalan pada menambahnya dengan apa yang mampu..atau paling tidak segeralah menambah kualiti dari amal yang sedikit itu...
Tatkala diri rasa hilang arah..segeralah berusaha memenuhi syarat agar disegerakan hadir hidayah & taufiq dari Allah agar kembali terpandu diri-mu...
Hidup di dunia ini hanyalah sebuah persinggahan & waktunya amatlah seketika...
Ayah-ku berpesan ianya umpama lebih kurang 2 jam setengah sahaja berbanding kehidupan di akhirat nanti..
Maka amatlah beruntung bagi mereka yang menyedarinya lalu berbuat sesuatu demi memperoleh hakikat kehidupan yang bahagia di tempat yang dijanjikan kekal kebahagiaannya... T_T

Subscribe to:
Posts (Atom)