SALAM MUJAHADAH

Followers

Thursday, February 6, 2014

Memanfaatkan "Kelebihan"

"Bismillahirrahmanirrahim"

Segala puji-pujian kepada Allah s.w.t, Tuhan Yang Maha Bijaksana lagi Maha Pengampun...
Selawat & Salam ke atas junjungan mulia Habiballah,Saiyiduna Rasulullah S.A.W serta ahli keluarga & para sahabat-nya...
Alhamdulillah..dah lama tak menukilkan sesuatu secara khusus di blog ni...

InsyaAllah,di seketika masa terluang ini..tergerak hati alfaqir untuk menukilkan sesuatu di sini sekadar tazkirah untuk diri sendiri yang seringkali lalai ini dan mudah-mudahan bermanfaat buat mereka yang terbacanya..

      Sebagai manusia yang biasa, tidak dapat di nafikan akan lemahnya diri kita ini akan segala perkara melainkan berkehendaknya Allah s.w.t pada kita memiliki qudrah dalam melakukan sesuatu perkara..Namun,ketahuilah bahawa iradah Allah s.w.t itu telah menentukan akan setiap manusia itu dikurniakan kelebihan-kelebihan yang boleh jadi ianya sama antara manusia ataupun boleh jadi ianya berbeza antara manusia...
Sesetengah orang memandang bahawa sesuatu itu dikira sebagai kelebihan bilamana ianya dianggap besar disisi manusia ataupun kuantitinya itu jauh lebih besar dari yang dikurniakan pada orang lain.  Namun hakikat kelebihan yang sebenar bukanlah sebegitu,kerana jika dilihat pada anggapan manusia lain ianya pasti berbeza-beza mengikut apa yang digemari hatinya,seperti seorang yang minatnya bertukang akan beranggapan bertani itu suatu yang biasa. Begitu juga soal kuantiti, menjadi lumrah kebiasaan suatu yang kuantitinya dilihat banyak,maka pasti ianya mendatangkan manfaat yang banyak dan kuantitinya yang sedikit itu pasti manfaatnya juga sedikit. Sebagai contoh, nikmat harta yang sedikit itu,sesetengah manusia memandang remeh dengan kurniaan ini bahkan tidak menganggapnya suatu kelebihan padanya.
Ketahuilah,nilai suatu itu bukanlah terletak pada apa anggapan manusia ataupun jumlah kuantitinya..akan tetapi suatu itu akan menjadi kelebihan bilamana dimiliki akan sesuatu itu oleh seorang yang jiwanya benar-benar mencari ketaqwaan pada Allah s.w.t....Dengan hati yang mencari taqwa ini, nilai kuantiti yang banyak atau sedikit itu,akan menjadikan besar nilai manfaatnya di dunia & apatah lagi di akhirat kelak.. Dan sekiranya dikehendaki Allah s.w.t, di dunia lagi akan dibuktikan suatu anggapan manusia lain itu suatu yang salah ataupun tidak tepat dari hakikat kebenarannya.



       Maka sebagai hamba,menjadi tanggunjawab utama bagi kita adalah memastikan jiwa kita ini senantiasa mencari & berusaha pada menghiasinya dengan apa yang disebut sebagai sebenar-benar taqwa pada Allah s.w.t agar sesudah itu,mampu kita memanfaatkan setiap apa yang dikurniakan itu mengikut apa yang diperintah oleh Tuan empunya kelebihan itu iaitu Allah s.w.t. Dan sebagai hamba menjadi kewajipan bagi kita pada meyakini bahawa setiap perintahNya itu mendatangkan kebaikan pada diri kita khasnya dan perkara2 sekeliling amnya...Adalah suatu yang mencalarkan aqidah mukminin bilamana terdetik pada hatinya bahawa sekiranya menuruti setiap kehendak Tuhan dari kelebihan yang ada padanya,maka ianya suatu yang merugikan dirinya bahkan amatlah tercela jika menganggap perintah Allah itu suatu yang sudah tidak sesuai dengan zaman kini.
     
      Sebagai contoh,seorang yang dikurniakan padanya akal yang mampu berfikir dan mempelajari ilmu..sekiranya dirinya menganggap dengan memanfaatkan nikmat itu di jalan perjuangan Islam maka ianya merugikan dirinya, maka ketahuilah anggapan sebegini adalah bisikan2 iblis & syaitan yang menyebabkan seseorang itu mengkhianati & lalai dari nikmat yang dipinjamkan kepadanya.
Begitu juga seorang yang direzekikan kepadanya harta yang banyak atau boleh jadi kadarnya yang sederhana namun sedikitpun dari hartanya itu tidak diinfakkan di jalan Allah, maka ini juga suatu tanda tiada keberkatan pada harta itu, maka tiada di istilahkan suatu kelebihan dari suatu yang tiada keberkatan atasnya.

      Dalam kehidupan di dunia ini, hidup manusia tidak lari dari di uji oleh Allah s.w.t. Kesenangan & kesusahan dalam sesuatu itu,kedua-duanya adalah suatu bentuk ujian dari Allah s.w.t. Maka orang yang hatinya benar-benar mencari keredhaan Allah s.w.t, sesekali tidak akan dirinya bersangka buruk dengan setiap ujian Allah s.w.t itu, bahkan hati itu benar-benar2 yakin bahawa ujian yang dikurniakan itu sebagai wasilah & sebab untuk dirinya lebih dekat & cinta kepada Tuhan & Rasulnya...

Pesan seorang sahabatku, ujian itu tanda cinta Allah s.w.t kepada seseorang hambaNya..
Sebagaimana Rasulullah s.a.w,Kekasih Agung kepada Allah yang terlebih dahulu di uji dengan ujian yang jauh lebih besar dari apa yang di uji ke atas kita hari ini.
Dan ketahuilah ujian itu suatu hakikat kelebihan kepada mukminin kerana sekiranya dijalaninya dengan jalan sabar & penuh dengan sangkaan baik pada Allah,di ampunkan segala dosanya dahulu & di angkat darjat di sisi Tuhannya. Dan inilah antara tanda,hati itu dalam perjalanan menuju ketaqwaan kepada Allah s.w.t...

Wallahu'alam...Sekiranya ada salah & silap mohon teguran dan begitu juga dialu-alukan sebarang point tambahan..moga2 dimanfaatinya bersama.

(^_^)v

p/s: Di sertakan di sini nasihat dari seorang sahabat,moga2 bermanfaat.
 (kepada sahabat tu, maaf ye sebab tak minta izin dhulu untuk share kat sini,semoga beliau diredhai Allah)



Saturday, January 4, 2014

Tarbiyyah Solat






Antara cara Allah s.w.t mentarbiyah orang beriman untuk lebih mencintai akhirat dari dunia ialah di fardhu-kan solat 5 waktu sehari semalam...

Subuh...mentarbiyah manusia meninggalkan keselesaan awal pagi demi mengingati Allah yang tiada pernah tidur...

Zohor...mentarbiyah manusia meninggalkan kesibukan kerja dunia demi mengingati Allah yang mentadbir seluruh alam namun tiada pernah terlalai akan-nya..

Asar...mentarbiyah manusia meninggalkan kepenatan yang sedikit demi mengingati Allah yang tiada pernah penat mendengar doa & rintihan hamba2-Nya..

Maghrib..mentarbiyah manusia meninggalkan seketika waktu bersama keluarga tercinta demi mengingati Allah yang mempertemukan & mengurniakan keluarga itu kepada manusia..

Isyak..mentarbiyah manusia meninggalkan seketika kelapangan masa diri demi mengingati Allah yang senantiasa melapangkan pintu taubat-Nya kepada hamba2-Nya..

~Sesungguhnya tarbiyyah itu suatu tidak disukai nafsu maka paksakan diri,dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah & akhirnya hati kita akan ikhlas keranaNya~  (^_^)/"

[ Kehebatan Sebuah Kasih ]


Bilamana hati seseorang itu tersangat mengasihi Allah & Rasulullah,
dan Allah & Rasulullah jua tersangat mengasihi diri-nya,
Maka senantiasa ketenangan itu mengalir di hati & fikiran-nya..
kesedapan rasa kasih itu sehingga mencukupi bagi-nya walau tiada dirinya dikelilingi nikmat2 lain..

Tatkala ujian menyelubungi diri-nya,
rasa risau & sedih mula menjelma di wajahnya,
namun hati-nya sedikitpun tidak pernah kurang rasa kasih-nya pada Kekasih-nya yang agung itu..
Doa & taubat senantiasa menjadi penghubung kasih antara mereka..

Sama ada seindah angin menyapa kepadanya,ataupun badai datang melanda,kalam lidah yang berzikir mengingati Kekasihnya itu tiada pernah berkurang kerana dirinya menyedari,
kelazatan kasih itu tiada mampu ditandingi,
maka di tsabatkan kasih itu dihati tanpa pernah mencari pengganti. :)

~ Setinggi-tinggi martabat kasih itu,ialah kasih antara hamba kepada Tuhan-nya ~ (^_^)v

Thursday, September 12, 2013

Sungguh Istimewa Diri-mu, Ya Rasulullah =')

Rasulullah s.a.w bersabda, iaitu hadis yang diterima daripada Jabir Bin Abdullah, iaitu maksudnya :

" Aku diberi 5 perkara yang tidak pernah diberikan kepada seorang pun sebelumku,iaitu :

1- Aku dimenangkan dengan perasaan gentar pada musuh sejauh satu bulan perjalanan.

2- Di jadikan Allah bagiku bumi sebagai masjid dan untuk bersuci (tayamum). Maka di mana sahaja ummatku berada dan waktu solat tiba,maka mereka boleh solat di sana.

3- Di halalkan bagiku harta rampasan perang dan belum pernah dihalalkan bagi seorang pun sebelumku.

4- Aku diberi kuasa untuk memberi syafaat bagi ummatku di hari kiamat nanti.

5- Nabi-nabi terdahulu di utus untuk kaumnya sahaja,sedangkan aku diutus kepada manusia seluruhnya. "

(Hadis ini diambil daripada kitab Terjemahan Hadis Sahih Bukhari,iaitu bab Tayamum hadis ke 206)

#Teramatlah istimewa hati seseorang,bilamana diperhiaskan hatinya dengan cinta kepada insan yang teramat istimewa,Sayyiduna Habibuna Rasulullah s.a.w.

Jom perbanyakkan selawat (^_^)v




Tuesday, September 3, 2013

Istimewa buat-mu, Wahai Hawa

[ Wahai Hawa ]

Wahai Hawa,
ketahuilah bahawa Allah amat-amat menyayangi diri-mu,
di ciptakan diri-mu dengan sebaik-baik kecantikan,
di perindahkan diri-mu dengan hati yang penuh kasih sayang,
di sediakan mahkota istimewa buat diri-mu..itulah Mahkota Solehah,
yang menjadi diri-mu jauh lebih mulia dari sang bidadari syurga..

Wahai Hawa,
ketahuilah bahawa mulia-nya diri-mu itu dengan syariat Allah,
maka bersungguhlah diri-mu menjaga syariat Allah demi kemuliaan diri-mu,
peliharalah hubungan diri-mu dengan Allah dengan solat & zikir,
perhiaskanlah diri-mu dengan ilmu yang bermanfaat,
serta tunaikanlah hak kamu ke atas ibu bapa & suami -mu..iaitu dengan memenuhi tanggungjawab diri-mu sebagai anak solehah & isteri solehah,
& senantiasalah diri-mu menghormati & berlembut dengan mereka,
dengan itu insyaAllah nama-mu akan tercatat di pintu syurga Firdaus..

Wahai Hawa,
ketahuilah bahawa martabat diri-mu itu amatlah tinggi di kalangan ummat,
maka janganlah sesekali diri-mu sendiri yang merendahkan martabat itu,
peliharalah aurat & jauhilah zina....sungguh dengan itu adalah terlebih baik  buat diri-mu di dunia mahpun akhirat...
peliharalah batas hubungan kamu dengan kaum adam.. & ketahuilah sebaik-baik kaum adam yang mendekati diri-mu itu ialah yang mereka menghormati & memelihara maruah diri-mu sebagai muslimah solehah..

Ketahuilah,jika kamu solehah..
kamu telah menggembirakan  Sayyiduna Rasulullah s.a.w   (^_^)v

~Kerana diri-mu begitu berharga~

Monday, September 2, 2013

Soal Keimanan



Ada yang bertanya :
"Mcm mne ye nak jaga iman kt hati ?"

Perumpamaan yang paling hampir iaitu sebagaimana kita menjaga tanaman,kita bukan sekadar menjaga akarnya yakni disirami dengan air secukupnya agar tumbuh dengan subur  ,tetapi juga batang,daun bahkan buah-nya juga perlu kita cegah & jaga dari sebarang yang boleh merosakkan tanaman itu dari tumbuh subur.

Maka begitu juga dengan iman,
1) perlu kepada penjagaan hati yakni disiraminya dengan ilmu & zikir agar bertambah subur keimanan itu,

2)begitu juga mata yang melihat,telinga yang mendengar, tangan & kaki yang melakukan kerja, semuanya perlu dicegah dari sebarang yang boleh melunturkan keimanan dihati.

~Walau ingin digantikan dengan seluruh dunia & isi-nya,maka tiada setanding nilainya dengan setitis keimanan yang dikurniakan~  (^_^)d