Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Assalamu'alaikum w.b.t.
Sekarang masih dalam musim exam...erm, jadi sekadar ingin berkongsi sedikit pengisian buat hati-hati yang berkehendak pada peringatan dan nasihat..termasuklah diriku yang masih dan sentiasa mengharapkan tunjuk ajar dan nasihat..moga Allah s.w.t menggolongkan kita dikalangan mereka yang dibawah naungan petunjukNya.
Bertepatan dengan tema blog ni, Naluri seorang muslim..ku tidak nafikan akan setiap naluri dan fitrah yang tercipta dalam diri ku kerana walaupun terkadang dilihat,seolahnya naluri itu menjadikan diriku berfikir,dan apa yang difikirkan itu tidak seperti biasa yang ku fikirkan sebelum ni,dan kadang kala ia membuatkan diriku sudah berubah...tapi bak kata seorang sahabatku,itulah proses yang kematangan dalam kehidupan...dan ketahuilah wahai diri,bahawa itu merupakan salah satu kurniaan Allah s.w.t kepada hambanya..supaya darinya,kita lebih mengingatiNya,berharap padaNya,dan menjadikan diri kita lebih bertaqwa padaNya....namun,ketahui juga bahawa darinya,ada yang menyebabkan dirinya semakin lupa padaNya,semakin meletakkan pergantungannya selain dariNya,dan semakin luntur iman dihatinya.....
Faktor yang menjadikan antara dua ini,tak lain dan tak bukan sejauh mana naluri dan fitrah yang dikurnia itu di pandu oleh hati yang "bercahaya" ataupun hati yang "malap"...kerana hanya hati "bercahaya" mampu menjadi penyuluh kepada jalan yang lurus..oleh itu,sama-sama kita renung kembali dimanakah kedudukan hati kita?..erm,andai ia malap atau kurang cahayanya,ayuh kita terangi ia kembali dengan banyakkan mendengar 'ilmu, kerana hakikat sifat 'ilmu itu yang bercahaya dan bertambah pula ia seperti "sportlight" andai ia dihiasi pula dengan kita memperbanyakan amal soleh...
Dan soal 'ilmu,kata 'ulamak..walau apa pun kerjaya dan bidang diceburi,jangan sesekali tinggal pada 3 perkara 'ilmu yang utama..iaitu :
1) 'ilmu akidah - kerana disinilah akar pada kebenaran dan keteguhan kita dalam berpegang
pada ajaran Islam yang benar.
2)'ilmu tasawuf- kerana disinilah penentuan kepada penerimaan amal kita oleh Allah s.w.t yakni mendidik hati untuk peroleh hakikat ikhlas yang benar dan bebas dari
sebarang penyakit hati.3)'ilmu feqah - kerana disinilah yang memberi kita kekuatan untuk menghalalkan apa yang
dihalalkan Allah s.w.t dan mengharamkan segala apa yang diharamkan Allah.InsyaAllah,bersusah-susahlah pada 3 cabang 'ilmu ini..insyaAllah moga-moga naluri dan fitrah yang tersedia dalam diri ini terpandu dengan cahaya petunjuk dari Allah s.w.t.
Sebagai akhir,sekadar berkongsi satu kata-kata..yang ku dapat dari seorang sahabat..insyaAllah moga sama-sama ambil manfaat.
" Teruskan berdoa dan berusaha mensoleh/hahkan diri,
insyaAllah pasangan yang soleh/hah akan diperolehi.. berusahalah untuk mencintai Allah,
insyaAllah Allah akan kurniakan pasangan yang Dia cintai ."wallahu'alam