SALAM MUJAHADAH

Followers

Wednesday, August 12, 2015

Penyakit Kronik Bagi Hati

Penyakit yang paling parah bagi seseorang bukan sakit jantung atau barah...
Kerana ada suatu penyakit yang lebih parah yakni sakitnya tu berpanjangan walau sesudah mati...

Ketahuilah, itulah penyakit "sudahlah jahil, malas pulak ke majlis ilmu"...
Tatkala ia berada dalam diri seseorang, maka mudahlah segala macam penyakit kronik lain berjangkit antara nya sombong,riak,takabur,'ujub,bakhil, fitnah orang lain, sangka buruk,hasad dengki.....dan yang paling kronik, syirik dalam dirinya sedar mahupun tidak...na'uzubillahi min zalik

Jadinya, ambillah masa untuk tilik diri agar dapat hindar ada nya penyakit itu dalam diri...
Dan bawalah muhasabah itu kepada keluarga terdekat, pasangan dan anak-anak agar sama2 dapat terselamat dari wabak bahaya ini..

Jikalau terdapat ia pada diri atau keluarga, maka segeralah ubati-nya dengan berjumpa "Doktor" yang tahu tentangnya, lalu lazimi dan patuhilah nasihat nya..
Mudah-mudahan hati-mu kembali sihat untuk kenal siapa pencipta-Nya..

~ Ubatilah hati-mu sebelum ia membinasakan akhirat-mu ~

Monday, August 10, 2015

Hati itu tidak selama-nya keras

Pernah suatu ketika seorang anak murid yang telah mempelajari selama 40 tahun namun beliau masih tidak bijak, mungkin kerana kerasnya hati beliau..
Sesudah itu beliau melarikan diri ke suatu gua walaupun telah guru beliau menasihati agar tidak larikan diri dan terus belajar...
Lalu di gua itu, beliau melihat satu batu yang lekuk hasil dari titisan air yang berulang kali jatuh kepada-nya, setelah itu beliau mulai insaf dan mula dari saat itu beliau tidak pernah berputus asa untuk terus mempelajari ilmu yang kemudian beliau menjadi seorang yang bijak...

Begitulah hati-mu wahai penuntut ilmu..adakala hati-mu mulai keras kerna banyaknya kelalaian-mu pada Allah..
Suburkanlah kembali hati-mu itu dengan zikrullah, serta lembutkan ia dengan curahan ilmu yang berterusan...

Walau mungkin hari ini diri-mu masih belum memahami, dengan usaha-mu yang berterusan pasti suatu hari diri-mu mula memahami dengan penuh nikmat..
Walau mungkin hari ini diri-mu masih tidak di kenali sebagai 'alim, dengan usaha-mu yang berterusan pasti suatu hari diri-mu mula memahami nikmatnya beramal dengan ilmu...

Bersihkan kembali hati-mu agar kehidupan-mu kembali hidup