SALAM MUJAHADAH

Followers

Saturday, May 30, 2015

Zaman Fitnah

[    Zaman Fitan      ]


Di nasihatkan oleh guru kami, Al-Fadhil Ustaz Muhadir Bin Hj Joll As-Senariy iaitu :

"Bahawa kini merupakan zaman fitan yang di mana mereka yang berbuat baik di katakan berbuat kejahatan dan mereka yang berbuat kejahatan di katakan berbuat baik...
Maka seharusnya ummat Islam hari ini berhati-hati dalam keadaan sebegini..

Terutama bila sampai kepada-mu berit-berita kejahatan tentang orang yang sudah di kenali kesolehan dan banyaknya khidmat mereka kepada perjuangan agama seperti para habaib dan 'ulamak..maka hendaklah di selidiki berita itu terlebih dahulu sebagaimana firman Allah s.w.t

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمين
 الحجرات ٦

Wahai yang menulis tetang fitnah dan memburukkan 'ulamak,berhentilah dari terus sedemikian..jika benar-benar di kenali lah kedudukan 'ulamak itu seperti Habib 'Umar Bin Salim Benhafidz itu cukup jika di Yaman sahaja maka akan tidak sanggup kalian memburukkannya, bahkan mereka 'ulamak ini pernah di sabdakan oleh Rasulullah iaitu mereka ini kepada ummatku umpama para nabi di kalangan bani Israel dahulu..yakni para ulamak ini teramat di kasihi oleh Baginda Rasulullah sallahu'alaihi wasallam, maka memburuk-buruk mereka dengan suatu yang batil itu di khuatiri telah mengguris hati yang mengasihi mereka iaitu Sayyidul wujud Rasulullah sallahu'alaihi wasallam...

Kepada orang-orang awam...
* bertanyalah kepada para 'ulamak sebagai mendapat pencerahan yang sahih menurut sisi pandang Islam..
* Banyakkan untuk amal dengan doa yang di ajar oleh Baginda Rasulullah sallahu'alaihi iaitu

اللهم ارنا الحق حقًا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلًا وارزقنا اجتنابه

* Dan usahakan untuk membaca doa di akhir setiap tahiyat akhir iaitu sepertimana doa ini (seperti di gmbr) "

Begitulah lebih kurang wasiat yang di sampaikan... silakan untuk di sebarkan sebagai manfaat kepada seluruh ummat..

~ Berdampinglah dengan para 'ulamak dan orang-orang soleh agar jalan kehidupan-mu senantiasa  terpandu dengan petunjuk Allah s.w.t ~

Wednesday, May 27, 2015

Sebaik-baik Undangan

Andai diri-mu di undang oleh Raja untuk sesuatu majlis di istana-nya,
Maka tidak perlu di persoalkan bagaimana hebat hidangan dan layanan kepada-mu sebagai tetamu....
Jika sebegitu di Istana dan Raja yang kaya, maka jauh tidak terbanding jika diri-mu di undang oleh Raja segala Raja iaitu Allah untuk ke rumahnya iaitu Masjid@Surau.
Maha kaya dan pemurah Allah, paling kurang 5x sehari Allah mengundang ke rumah-Nya demi memberi kebaikan kepada-mu...

Beruntunglah mereka yang menyahut sebaik-baik undangan ini yang pasti menantinya sebaik-baik "hidangan" & "layanan" kepadanya terutama di akhirat kelak...

Jika kaki-mu masih belum pernah ke rumah Allah,di khuatiri bukan diri-mu yang enggan kepada Allah, tapi Allah sendiri enggan kepada diri-mu..

~ Jangan biarkan hari-mu berlalu tanpa diri-mu hadir ke masjid walau sekali ~
‪#‎JomSolatBerjemaah‬ (^_^)/"

Sunday, May 24, 2015

Mekar Bunga

Pokok yang di tanam tidak ia terus berbunga,
Asal ia terus di bajai,di sirami bersama kesungguhan.
Wahai srikandi syurga pilihan Allah,
walau hari ini masih tiada ku tahu hakikat siapakah dirimu,
ku harap Allah & Rasul sentiasa menjadi kecintaan utama hidupmu..
Semoga siang dan malam mu itu di isi dengan amal soleh serta di perhiaskan ia dengan titipan doa kebaikan buat aku yang masih belum di kenali ini...

Bukanlah dalam taklukan kuasa diri untuk sekejap mahupun lama..
Namun teruslah meyakini bahawa setiap yang menjadi kehendak Allah pasti ianya terbaik buat diri..
Boleh jadi, masa yang ada ini menjadi sebab keimanan yang lebih teguh kepada Allah,
Agar di saat pertemuan sebagai pasangan nanti senantiasa cahaya iman itu yang menyuluhi perjalanan menuju kebahagiaan yang hakiki..
Lama menanti tidak mengapa,
Asal yang menanti itu suatu keberkatan.


~ Bunga yang cantik dan indah itu akan tumbuh dari kejernihan air yang berterusan menyiraminya ~

Friday, May 15, 2015

Tausiah Israk & Mikraj

" Ketahuilah bahawa hakikat keseluruhan rahsia dari perjalanan Israk Mikraj itu khusus kepada Baginda Rasulullah sallahu'alaihi wasallam, adapun yang di kongsi oleh Nabi itu hanyalah sebahagian rahsia agar supaya menjadi iktibar kepada ummat..
Seumpama kisah yang di perlihatkan kepada Nabi akan beberapa golongan iaitu

*Azab orang yang meninggalkan solat - satu kaum yang menghantukkan kepala ke batu sehingga berdarah dan berkecai
*Azab penyebar fitnah dan mengadu domba - satu kaum yang menggunting lidah2 dan bibir kereka dengan gunting besi
*Azab pelaku zina - memakan daging mentah yang busuk

Di gambarkan dua perjalanan ini di dua surah iaitu Israk pada surah Al-Israk dan Mikraj pada surah An-Najm.
Dan di antara kemuliaan Nabi di perjelaskan iaitu ciri kehambaan yang ada pada diri Baginda Rasulullah sallahu'alaihi wasallam..Hasil rasa kehambaan itu pula terhasil dari rasa cinta yang mendalam Nabi kepada Allah s.w.t sehingga tiada di kisah kemurkaan makhluq selagi mana Allah tiada memurkainya...
Barangsiapa yang merendahkan dirinya di hadapan Allah, maka akan di angkat darjatnya oleh Allah baik di dunia mahupun di barzakh serta nanti di akhirat kelak. ..
Di dalam suatu hadis qudsi pula,iaitu mafhumnya bagi mereka yang benar menghinakan dirinya di hadapan Allah maka bagi setiap perbuatan tangannya dan langkahnya serta pertuturannya senantiasa dalam pemeliharaan Allah s.w.t
Bagi sifat ada rasa kehambaan kepada Allah itu di antara tandanya sesekali tiada merasakan dirinya lebih mulia dari orang lain.
Walau di ketika datang kepadanya cercaan tetap ia tiada menuruti nafsu akan tetapi berterusan akan sikap tawadhuk pada hatinya.
Kerana di yakini bahawa itu akan lebih mendekatkan dirinya kepada Allah s.w.t.
"Man tawadhu'a rafaa'hullah"
Dan sesungguhnya, cukuplah bagi seorang muslim itu keji dengan dirinya mengeji muslim yang lain sama ada dengan lisan ataupun dengan sekadar jeling pandangannya..
Maka, adalah penting untuk ummat benar-benar mengambil intipati utama Israk Mikraj ini iaitu menanam rasa kehambaan diri kepada Allah s.w.t.."
- Sheikhuna Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid -

"Terus dan teruslah menyingkapi rahsia dari peristiwa besar ini iaitu Israk Mikraj yang rahsianya itu tidak akan habis sehinggalah ke akhirat"
- Habib Ibrahim, Pendakwah dari Yaman -


~ Maulid Rasulullah, Israk & Mikraj 1436H ~
‪#‎MasjidMuazBinJabalSetiawangsa‬

Thursday, May 14, 2015

Nukilan Cinta

"Ada banyak cara Tuhan menghadirkan cinta"

Cinta itu adakala ia tidak pernah di jangka..
Namun tatkala ia hadir tiada perkataan bisa menggambarkannya
Walau tiada pernah yang mengetahui, ianya tetap mekar di sanubari hati
Dan harapan mula hidup di perjalanan hidup..
Dari kesuraman kini segalanya menjadi indah

Tatkala badai di hadapan, di tempuhi bersama-sama tanpa putus asa
Suatu yang kelihatannya sukar, sedikit tiada kembali menoleh ke belakang
Dalamnya cinta itu menenggelamkan rasa pahit yang di rasa..

Demikianlah cinta anugerah ilahi buat yang di kasihi-Nya..
Sungguh,yang pertama di karunia cinta yang tulus ini..itulah cinta dari seorang insan bernama Muhammad Bin Abdullah kepada kamu..ya kamu yang sedang membaca nukilan ini...

~  Inginku balas cintamu Ya Rasulullah ~ :'}


Monday, May 11, 2015

Warkah Buat Abah & Mama

Bermula aku dahulu, dari setitis mani yang hina
Dengan rahmat Tuhan, di rezekikan singgah ke dunia..
Tangisan aku di waktu subuh ketika itu di nanti-nanti oleh dua orang insan yang telah bersusah-susah selama 9 bulan..
Kelibat senyuman mula terukir di wajah mereka di saat mengetahui kesihatan aku
Tiada sebarang apa yang mampu aku lakukan melainkan senyuman yang aku sendiri baru untuknya


Membesarkan aku bukanlah perkara mudah bagi mereka...aku tahu itu
Melayani kenakalan dan kehendak aku memerlukan kesabaran pada mereka
Namun sesukar mana sekalipun tidak di rasai beban bagi mereka
Kerana kasih yang tersemat di hati mereka kepada aku terlalu dalam menenggelamkan penat yang dirasai...

Melihat perubahan tindak tanduk aku yang semakin memahami kehidupan 
Serta mendengar kepetahan lidah aku menutur kata-kata..cukup menenangkan mereka
Ya..itulah yang di harapkan dari didikan mereka yang di curahkan sedaya yang termampu..
Tiada yang lebih menggembirakan melainkan melihat aku mula mengukir kejayaan demi kejayaan..
Walau bukanlah terbaik bagi mata lain yang melihat, namun di mata mereka aku adalah yang terbaik dalam kehidupan mereka...

Saat nama aku di sebut di pentas gemilang bersama nama mereka...tiada terungkap kegembiraan hati
Bukan kerana pujian orang dengan apa yang di capai, tetapi itulah kegembiraan yang hadir kerana 
melihat aku gembira....



Lalu tiada yang menyedihkan bagi mereka melainkan di saat mengetahui hati aku sedang sedih
Walau tiada mulut yang memberitahu, namun hati mereka tidak pernah terlepas dari mengetahui..

Duhai aku yang bergelar anak...
Sesekali jangan engkau mengecewakan mereka dengan kata-kata mahupun wajah-mu
Melayani kehendak nafsu-mu yang tiada berkesudahan itu, jangan sampai engkau membebankan mereka...
Tahanlah kemarahan hati-mu yang sedang panas itu
Usaplah air mata-mu yang berderai kerana dunia yang engkau harap itu
Gembirakanlah kembali hati mereka sebagaimana pertemuan pertama sewaktu engkau bayi dahulu..

Duhai aku yang bergelar anak...
Umur mereka semain lanjut, pengakhiran yang bagaimanakah engkau harapkan buat mereka?
Senantiasa gembirakanlah hati yang wajah mereka...
Bersopan dan berlembutlah dalam menutur kata bersama mereka
Penuhilah hajat-hajat mereka semampunya..
Balaslah kasih sayang mereka dahulu itu dengan cara yang lebih baik dari-mu

Jika mereka tidak pernah jemu mengasihi engkau sejak dari bayi sehinggalah kini engkau telah dewasa, maka begitulah seharusnya bagi engkau sebagai anak
Curahkanlah sepenuh kasih selagi masa engkau bersama masih ada...
Kerana nanti, saat telah hilang dari mata pandangan, barulah engkau tahu betapa bernilai kasih yang hanya di dapati sekali dalam hidupmu.....itulah kasih ibu bapa yang tiada ganti

Terima kasih Mama & Abah...I love you forever till jannah ;)
Semoga sama-sama kita berbahagia di sini dan juga nanti di syurga firdaus 

Nukilan,
Nur Mohamad Adli Bin Rosli
23 Rejab 1436H
12:35am
UIA Gombak

Khas buat insan tersayang,
Rosli Bin Bahrom
Noorliah Binti Ibrahim